Sunday, 15 May 2011
Syukurlah bangsaku..
hari ini keadaan masih belum berubah..sejarah tidak akan dapat dipinda. Ia akan kekal selamanya sebagai satu plot dlm diri,agama,bangsa atau apa sahaja yg pernah bermula dan berlalu..definasi mudah pada diri saya. Hari ini juga kita dapat lihat sambutan yang berlangsung di negara dijajah iaitu Palestin. Hari dimana mereka mengingati penjajahan rejim Israel keatas bumi tercinta mereka.Segalanya masih kekal sama,mereka masih lagi terperangkap atas kezaliman sebuah bangsa yang sebenarnya berjiwa besar tanpa pernah mengira batas susila. Pada mereka ia sebuah kejayaan bagi bangsa apabila mereka mampu menguasai apa yang jelas bukan hak mereka.Mungkin disini kita harus lihat ia dari sudut yang lain.Merampas dan menguasai untuk memiliki apa yang mereka tidak ada..bukan mahu mempersoalkn dari segi cara tetapi mahu diperlihatkan bahawa memang wujud sebuah bangsa yang berusaha untuk memiliki sesuatu untuk kebaikan mereka dan ada juga sebuah bangsa yang sedaya upaya mempertahankan hak mereka.Diposisi mana sekalipun,mahu dipihak penjajah atau yang dijajah ia masih ada kekal unsur positif dan negatif.Namun disorotan ini,apa yang mahu kita renung dan teliti,bangsa yang manakah mahu kita contohi?penjajah atau yang dijajah?semuanya terdapat seribu satu jawapan yang sebenarnya boleh kita berikan,namun tetapi sebagai sebuah negara merdeka pastinya pada pandangan saya kita tidak mahu melihat dari segi penjajahan,kerana ia bukan mudah.Banyak perkara yang harus diteliti,soal kekuatan wang,pengaruh serta sokongan dan banyak lagi perkara berkaitan yang harus kita perhalusi. Tetapi harus jelas kita sedar dan lihat bahawa isu atau perkara mempertahankan itu sebenarnya lebih susah lagi sukar,rumit,sulit untuk kita lakukan.Kenapa??sudah terjawab dengan isu nasional yang mengelilingi kita saban hari,waktu dan tika dinegara dijajah palestin dan Iraq serta dinegara liga arab yang lain??Apakah kesudahannya??kebinasaan dan kehancuran yang hanya akan berbaki.Wahai bangsaku,apa ini semua sudah tidak cukup jelas dimata kalian??kepala kita diinjik-injik seperti tidak berharga,maruah kita seperti tidak bernilai,segalanya bukan lagi milik kita,yang tinggal hanyalah sesalan yang tiada berguna lagi.Mahu bangkit??boleh..tapi ia tidak semudah dijangka.Wahai bangsaku yang amat aku sayangi,dibumi bertuah ini,usianya terlalu muda,terlalu mentah.Kita ini masih lagi mentimun,kuasa dan upaya kita masih lagi terbatas.Apakah jiwa bangsa yang ada pada kelompok kita ketika ini sudah begitu bersedia untuk melalui semua ini??Adik2 saya serta anak2 tuan puan,masih belum jelas erti perjuangan dan mempertahankan..mana mungkin mereka mampu melalui semua ini. Dinegaraku yang tercinta ini,bangsaku sudah semakin terhakis jiwa nasionalisnya,mungkin ada yang menafikan,tapi pada saya apa yang kononnya itu perjuangan hanyalah bersifat kepentingan individu atau mahu menjadi jaguhan.Nasionalis itu terlalu tinggi tingkatnya,kita tidak akan sekali2 berpihak atau bertoleransi dengan sesuatu yang jelas bakal merosakkan.Saya tiada bermaksud untuk memihak,pada hemat saya disituasi apa sekalipun kita harus bersatu dalam setiap perkara yang jelas bermaksud merosak,menghakis,merampas nilai bangsa dan agama islam yang tercinta.Kenapa perlu kita pertahankan kuasa bangsa ini??Kenapa seringkali saya persoal nilai bangsa??kerana hanya dengan kuasa bangsa yang utuh barulah soal agama dapat kita pertahankan..agama tidak berdiri dengan sendiri,ia ada pelakunya.Betapa banyak tumpah darahnya para syuhada kita mempertahankan agama??tidak terkira..Adakah kita dengan mudah dan rela hati membenarkan agama yang berpaksi teguh itu musnah diatas bumi BANGSA MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM INI???tidak mustahil itu boleh berlaku..bila mana nilai bangsanya sudah lemah,tiada kuasa,tiada upaya maka diketika itulah 'nasi sudah menjadi bubur'..diketika itu kita sudah dijajah dan kita harus balik menjadi penjajah diibumi sendiri untuk merampas semula tanahair tercinta kita..saya berasa amat sedih memikirkannya..fikirkanlah..janganlah dengan mudah kita bersangka buruk dengan bangsa kita,berbaik-baiklah,kasih mengasihanilah,lindung melindungilah,berpakat-pakatlah,runding-rundinglah,ingat-ingatlah,bisik -bisiklah bahawa apa yang kita harus pertahankan adalah perkara yang sama iaitu soal "BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM" kita....................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment