Wednesday, 11 May 2011
Coretan awalku..
Assalam mualaikum dan salam sejahtera pada semua sahabat dan teman2 tidak kira bangsa dan agama, warna kulit dan jantina,tua atau muda terimalah ucap salam dan selamat ikhlas dari saya.Terasa kekoh dan masih tidak biasa menekan bebutang di papan kekunci ini. Namun saya latih jua kerana rasa sudah masa dan ketika saya dipanggil untuk mungkin berkongsi sesuatu yang berguna bagi kita semua pada hemat saya. Bukan dengan niat yang terselindung tapi jelas semata2 untuk memberi dan menerima apa yang boleh dikira baik dan diterima pakai demi kebaikan diri saya mahu jua bangsa dan agama saya...Apa yang terkesan pada hati saya untuk mula menulis adalah berkaitan, isu bangsa dan agama yang dewasa ini menjadi bahan mainan,momokan,modal isu dan sebagaimana maksudnya atau definasinya,yang jelas sekali perkara ini sudah hilang nilai sensitiviti dan normanya dalam kalangan masyarakat kita dewasa ini.Apa ini satu wabak@jua fonomena@tradisi@kelansungan cara pada sesetengah individu yang mempunyai agenda mereka??Saya ini tidak sama sekali mahu mempersoalkan isu atau pertikaian mereka ini. Namun tertanya pada kotak minda saya,apakah sebenarnya yang akan terjadi disebalik permainan ini pada BANGSA DAN AGAMA SAYA???? Ini yang menjadi kekusutan bagi saya. Dimana akan letaknya nilai BANGSA DAN AGAMA saya jika sesuatu malapetaka berlaku diatas sebab - sebab diatas.Dimana letaknya??Mengapa ini terjadi??untuk apa ini??apa kepentingannya??apa puncanya??salah siapa ini??Apa perlu lagi untuk kita bacakan soalan diatas ini bila mana mungkin tidak ada lagi soalan yang perlu ditanya,soalan tinggal soalan,soalan jadi tanda tanya,tiada soal jawab hanya kerana kita semua sudah mula ambil mudah soal mempertahankan BANGSA DAN AGAMA....inilah permulaannya, saya mohon sidang pembaca dan pelawat disini,agar kita sama2 berfikir..asingkn diri kita jauh2 dari mana2 pandangan yang bersifat pro-kerajaan atau pembangkang@jua mana2 fahaman politik..saya mahu lihat sejauh mana pandangan saudara saudari teman2 sekalian melihat isu ini dari sudut yang berbeza.Ambil masa untuk berfikir,kerana apa yang ingin kita kongsikan adalah soal dimana akan letaknya BANGSA DAN AGAMA kita pada suatu ketika nanti bila mana pada waktu itu,tiada lagi masa dan peluang untuk kita fikir lagi soal BANGSA DAN AGAMA kita jika kita tidak bersedia memikirkannya kini................terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment